Selasa, 31 Disember 2013

0 DC5 tYpE R


Jangan Lupa Tinggalkan Komentar Kalian Ya...!!!

Sabtu, 28 Disember 2013

0 Honda ek9 Type R


Jangan Lupa Tinggalkan Komentar Kalian Ya...!!!





Honda Civic EK atau kat Malaysia nya EJ, apa yang aku boleh katakan...kereta ni terlampau lah famous nya, bukan setakat budak-budak Malaysia jerr yang tergila-gilakan kereta ni malah abg-abg mat salleh, negro, UK, Australia dan serata pelusuk dunia boleh dikatakan duk main kereta nih, kalo tanya budak-budak sekolah rendah sekali pun semua pakat nak beli EK bila dah besar, begitulah hebat nya penangan EK....huhuhuhu...sebab musabab kereta ni popular macam tu sekali-kali tak perlu lah nak diceritakan lagi, rupa pun memang cantik, enjin pun power gilerrr!!!, harga pun berpatutan...???, korang fikirlah sendiri sama ada berpatutan atau tak untuk sebuah kereta yang dah berbelas-belas tahun usia nya walhal kalo diikutkan harga asalnya takda lah sampai seratus ribu, tapi ape boleh buat, dah name kereta popular, adatlah dia punya harga tak nak gak turun-turun...mengikut susur galur adik beradik Honda Civic, si EK ni adalah berasal daripada generasi yang keenam, kereta ni telah diberanakkan dengan tiga bentuk tubuh badan iaitu sedan, coupe dan hatchback...bagi model sedan(EK2, EK3, EK4, EK5 dan EK8) hanya EK4 sahaja yang menggunakan enjin b siries yang berkuasa tinggi iaitu VTEC berkod B16A "bertitle" Si yang bermaksud "sports injected", kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini adalah sekitar 170hp...bagi model coupe hanya satu model sahaja yang dikeluarkan iaitu EJ7...bagi model hatchback pula(EK2, EK3, EK4 dan EK9) hanya EK4 dan EK9 sahaja yang menggunakn enjin b siries...EK4 menggunakn enjin VTEC berkod B16A "bertitle" SiR yg bermaksud "sports injected racing",kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini adalah sekitar 170hp...EK9 pula menggunakan enjin VTEC berkod B16B "bertitle" Type R yang dikeluarkan dalam versi JDM(Japanese Domestic Market) iaitu untuk pasaran jepun sahaja, kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini adalah sekitar 185hp, EK9 merupakan model yang paling berkuasa bagi keluarga Civic EK, EK9 didatangkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan dengan LSD, ape barang auto, dah name pun jenis racing buat malu jerr kalo pakai auto...muahahaha...bagi model selain dari yang disebutkan di atas adalah menggunakan enjin yang biasa-biasa jerr iaitu EK2 menggunakan enjin berkod D13B, EK3 Vi-RS menggunakan enjin berkod D15B, EK5 dan EK8 menggunakan enjin berkod D16A, EJ7 menggunakan enjin juga berkod D16A...EK9 yang didatangkan hanya dalam bentuk hatch sahaja adalah merupakan Civic Type R generasi yang pertama...Kesimpulan yang boleh dibuat adalah sememangnya berbaloi bagi memiliki Civic EK walaupun harganya banyak mahal, bukan sahaja kereta ni cantik tapi juga dengan sesaran enjin hanya 1600cc tetapi jika dimod dengan cara yang betul kereta ni mampu mendapatkn 200hp ke atas dengan mudah...kuikuikui...VTEC turbo, amacam...???memang masyuk.......assalamualaikum.......

0 eg6 (or) dolphin


Jangan Lupa Tinggalkan Komentar Kalian Ya...!!!
Honda EG...atau ada gak bebudak-budak kereta yang calling dolphin in malay nyer ikan lumba-lumba ler...apa dan kenapa si besi ni dapat name si menatang laut tu aku pun tak tahu...maybe rupa besi ni comel macam ikan laut tu, tapi memang comel sangat-sangat ler kereta ni, aku pun minat gak nengok benda ni, tambah-tambah lagi bila dengar bunyi ekzos perang dia, meleleh air liur, tengok aje la, nak isi minyak moto pun selalu sangkut takkan aku nak pakai si EG ni plak...muahahahaha...ape yang aku ingat kereta ni adalah generasi kelima Honda Civic, dilahirkan dengan tiga bentuk body iaitu coupe, hatchback dan sedan...kalo tak silap aku la bentuk body coupe(EJ1) hanya dikeluarkan untuk pasaran US sahaja. apa yang aku tahu ketiga-tiga bentuk body sume nya famous tapi dua saja yang biasa dilihat di Malaysia iaitu hatchback dan sedan. bagi versi hatch(EG3, EG4 dan EG6). model yang "bertitle" SiR yang bermaksud "sports injected racing" lebih digilai dan dikejar oleh segala mat-mat dan bro-bro di dunia kerana didatangkan dengan enjin VTEC berkod B16A terus dari kilang adalah hanya bagi model EG6 sahaja, bodynya pun nampak lebih sporty, sesuai bagi budak-budak muda. bg model sedan pula(EG7,EG8 dan EG9) model yang juga "bertitle" SiR atau boleh jugak dikenali sebagai ferio yang turut didatangkan dengan enjin VTEC berkod B16A terus dari kilang adalah hanya bagi model EG9 sahaja. selain dari model EG6 dan EG9 kebanyakannya menggunakan enjin ZC, D15B n D13B...model-model yang disebutkan di atas didatangkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan....ape-ape lagi yang korang tahu pasal perkakas lumba-lumba ni bolehlah kongsi dengan aku...untuk sedan Vi-RS versi JDM turut didatangkan dengan bronze tinted windows, wiper belakang dan 5 hole alloy wheels...sekian saja cite aku, ape-ape pun komenlah yer....huhuhuhu...