Honda EG...atau ada gak bebudak-budak kereta yang calling dolphin in malay nyer ikan lumba-lumba ler...apa dan kenapa si besi ni dapat name si menatang laut tu aku pun tak tahu...maybe rupa besi ni comel macam ikan laut tu, tapi memang comel sangat-sangat ler kereta ni, aku pun minat gak nengok benda ni, tambah-tambah lagi bila dengar bunyi ekzos perang dia, meleleh air liur, tengok aje la, nak isi minyak moto pun selalu sangkut takkan aku nak pakai si EG ni plak...muahahahaha...ape yang aku ingat kereta ni adalah generasi kelima Honda Civic, dilahirkan dengan tiga bentuk body iaitu coupe, hatchback dan sedan...kalo tak silap aku la bentuk body coupe(EJ1) hanya dikeluarkan untuk pasaran US sahaja. apa yang aku tahu ketiga-tiga bentuk body sume nya famous tapi dua saja yang biasa dilihat di Malaysia iaitu hatchback dan sedan. bagi versi hatch(EG3, EG4 dan EG6). model yang "bertitle" SiR yang bermaksud "sports injected racing" lebih digilai dan dikejar oleh segala mat-mat dan bro-bro di dunia kerana didatangkan dengan enjin VTEC berkod B16A terus dari kilang adalah hanya bagi model EG6 sahaja, bodynya pun nampak lebih sporty, sesuai bagi budak-budak muda. bg model sedan pula(EG7,EG8 dan EG9) model yang juga "bertitle" SiR atau boleh jugak dikenali sebagai ferio yang turut didatangkan dengan enjin VTEC berkod B16A terus dari kilang adalah hanya bagi model EG9 sahaja. selain dari model EG6 dan EG9 kebanyakannya menggunakan enjin ZC, D15B n D13B...model-model yang disebutkan di atas didatangkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan....ape-ape lagi yang korang tahu pasal perkakas lumba-lumba ni bolehlah kongsi dengan aku...untuk sedan Vi-RS versi JDM turut didatangkan dengan bronze tinted windows, wiper belakang dan 5 hole alloy wheels...sekian saja cite aku, ape-ape pun komenlah yer....huhuhuhu...
Sabtu, 28 Disember 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Telusuri
follow Me foR moRe update
senarai
Total Pengunjung
Dikuasakan oleh Blogger.
::Contact Me:
email:t.kucing17@yahoo.com
24jam
0 ulasan:
Catat Ulasan